cristtee

21:07:00

hello ! assalamualaikum !




hah tengok tajuk. hahaha

begini cerita dia, ehemm

aku teman bapak aku pegi beli barang dapur, biasa lah setiap awal tahun, mesti pergi beli barangkan, mcm kicap, gula garam, etc

then malas nak naik lift, tingkat G ja weh (masa tu kat basement). naik tangga, then lalu depan lift. then jalan lagi terpandang belah kiri ada org duduk kat kiosk. kat atas meja tu ada petak-petak. aku ingat kuih raya ke, kek ke. then terasa nak beli cupcake kat adik aku si mazni. LOL aku tak tau macam mana boleh nampak macam cupcake.

then beli barang...

masa balik tu, aku tak ingat abah aku pegi mana, bosan, so aku pusing belah papan "cerita hari ini" err not sure. dah habis baca aku pandang depan. then aku baca la banting kat ngan kiosk tadi tu. "natural skincare ? cupcake tu kalau kita makan jadi cantik ke?" then baca lagi ( aku agak rabun pada tengahari ) "100% natural aa err what ?" lama la jugak aku usha auntie tu. lepas tu bapak aku datang.

aku cakap kat abah aku "abah, dia jual apa tu ?" abah aku tak tau pon. makin galak la aku nak tau benda tu apa. lagipon masa tu aku memang ada masalah kulit dimana, ha tediiaa, kulit aku kering kontang. memang tak dak kelembutan pada kulit, semua kering dan mengelupas ditambahi panau di bawah mulut ( pasal duk asrama, malas mandi, satu baju untuk satu hari and tak jaga pemakanan ). so aku memng dah fed up masa tu ngan kulit muka aku ni.

mana tak fed up. pakai thanaka konon boleh cerah macam nora danish, bila pakai kulit kering. dah la burn bertambah double and triple burn. lepas cuci muka ngan garnier, lap muka ngan tuala, masyaAllah, sakit kulit ! seksa ! lepas tu beli sunplay, okay la for protect dari matahari, tapi kulit bertambah kering. masa tu kan DPW banyak jalan sebab tukar kelas. kedut lagi.

so aku singgah la ke kiosk auntie tu. then dia cerita pasal sabun. oh sabun. hahaha. auntie tu ramah sangat, aku tak sempat nak dengar cerita dia, pasal bapak aku kalut nak balik. then dia bagi sampel, anti-aging soap, australian red coral anti-wrinkle dengan sensetive soap kot. aku pon try la pakai.

then kulit aku dah tak kering. panau pon dah makin hilang. muka bersih. aku pon decide nak beli australian red coral anti-wrinkle. then dia bagi sampel cream siang dan malam. makin jatuh cinta aku kat produk dia yg 100% natural soap, handcraft pulak.



yap, berminggu la jugak aku cuba sampel dia untuk tengok hasil dia, memang kulit makin sihat. so aku guna sabun australian red coral anti-wrinkle dengan sweet lavender whitening + sampel night and day cream ni ha hasilnya ( walaupun pakai sampel cream tu sikit-sikit jimat la katakan ) selepas berminggu, selepas berminggu okay, hampir sebulan laa

taraaaa


*gambar ni tak pakai apa-apa effects dan tak pakai cream. gambar goyang dan satu ni ja gambar masa pipi pink secara semula jadi. kalaulah tau lusa nak gelap balik, sobs sobs*

then, malang tak berbau :'(
 aku kena ikut kem jati diri, without sunblocks, main macam macam game sampai comot, then dah kena sunburn balik. bila nak rawat muka balik, jeng jeng jeng ! cream yg sampel tu dah habis :(

so sekarang aku cuma boleh beli cream siang ja dulu, mahal kot cream. satu cream RM 58.00. aku nak beli ! tapi, haih, no money no talk la eh ? hahaha. aku beli harga tu maybe harga student kot.



then, pertengahan sem 2, aku beli krim malam pulak, krim malam, perghhh ! letak dalam peti ais. bila nak tidoq baru pakai, letak kat muka, wah sejuk ! best. wangi.

tu la kisah dimana tau pasal cristtee dan kenapa aku tergila-gilakan produk ni. so, kepada yang sesiapa jumpa aku then cakap "kata guna sabun elok tapi tak putih pun" silap ya kawan kawan, haritu saya asyik kena baring kat jalan tar ja masa tengahari pulak, sebab tu burn makin galak. Alhamdulillah burn dah hilang sikit-sikit lepas guna sabun  red coral anti-wrinkle dengan sweet lavender whitening + day cream + night cream.



web : http://www.cristtee.com/
email : info@cristtee.com
facebook : https://www.facebook.com/Cristtee




You Might Also Like

0 Comment