Braces ! part 1

08:48:00


assalamualaikum !



dah hampir 5 bulan bebraces, sekarang baru terasa nak update ! nak kata busy tak busy pon. jom aku nak cerita aku punya pengalaman *sambil dengar lagu whistle - blackpink*

aku dah lama tau nak pakai braces. sejak form 3 lagi. masa tu kat klinik gigi angkatan tentera, aku sebelum ni tak pernah tahu pon braces ni wujud kat malaysia. aicehh. aku nampak makcik ni pakai. macam nak tau jugak la kan kenapa pakai semua. lepas tu ada budak baru masuk sekolah pakai. aku ingat umur 18 tahun keatas ja boleh pakai.

masa tu aku pergi klinik gigi sebab nak confirm gigi taring aku tu gigi susu ka gigi taring. check xtray semua GIGI SUSU DAN DOKTOR SURUH CABUT HARITU JUGAK

form 3, 2010 - masih bertaring susu

doktor : *tengok result x-tray* gigi susu ni, kena cabut.
me : HAH *dalam hati ja, tak payah nak drama sangat*
doktor : cabut hari ya. mmmm, saya tak bius okay

Ya Allah, time tu kau boleh dengar dengan rasa gigi ditarik. lepas tu apa lagi rongak la. tapi tak pa. sebab dia bertindan kan. tak nampak la jauh sangat.

form 5, 2012 with Rizulaika

kan tak jauh sangat. dekat ja. depa pon tak tau aku tak cukup gigi.

lepas tu, masa form 6, aku korek bagi gigi taring keluaq, sebab aku yakin ada gigi kat dalam gusi ni. korek punya korek. tadaaaaa. keluaq sebelah kanan. belah kiri pulak. tapi tak keluaq keluaq. aku masuk poli pulak lepas rasa tak boleh nak teruskan form 6. dah pasrah sebab pergi gov depa taknak yang lebih 17 tahun :<

sem 2, sem 3 dah give up dah. tapi tak boleh move on lagi. sampai la sem 4. jeng jeng jeng. aku rasa nak pakai jugak. tak kira. masa tu uum masih bukak perkhidmatan braces. sekarang dah tak. masa aku call depa, depa busy dengan apa tah. end up aku dah malas nak call. sebab staff dia agak kasar.

masih tidak mematahkan semangat saya, aicehh, buat carian kat FB pulak. terjumpa klinik ramli RM 2500 ja. paling murah kat alor setar, search sana sini. call klinik, habaq kat parents hajat nak memakai braces. diluluskan (dengan tambahan amaran). pom pang pom pang.

dental appointment

1 - klinik ramli. pergi untuk check around dis 2015
dr habaq, gigi mana kena cabut / boleh terus isi waiting list. dapatkan x-tray

gigi yang masih tak nak keluar melihat dunia
2 - around dis 2015
cabut gigi 2 batang kanan atas bawah

3 - around jan 2016
cabut gigi kiri atas bawah + isi waiting list

4 - 7/5/2016
hari yang ditunggu tunggu, PASANG BRACES, sepatutnya bulan 3 pasang, tapi masa tu dah nak final :(

masa nak dekat raya tu,aku makan biskut raya yang ada kacang. lepas tu besi yang belakang sekali tu (aku tak tau nak panggil apa) terkeluaq gais, nak dekat raya dah gais. nasib baik klinik bukak. dia bubuh dan tambahan power chain, menangis mak tau. hahaha. sakit dia mmm boleh tahan. dalam kelas dok,"dia dah mula dahh" cegitu la lebih kurang.

warna merah dalam bulat tu power chain. ya jangan zoom. untuk selamatkan selera makan anda ;)




bersambung bruhh...


You Might Also Like

0 Comment