Braces ! part 2

11:14:00


assalamualaikum



yay part 2. walaupun takdak sapa baca pon. tak pa tak pa. so part 2 ni aku nak cerita semua berlaku sepanjang dental appointment dekat Klinik Pergigian Dr Ramli (kedah) dengan harga/caj yang dikenakan

memula tu pi untuk check, lepas check dr tu suruh pergi xtray kat sultanah bahiyah. tapi abah aku kata klinik biasa pon boleh. pegi la klinik biasa. last last tak boleh pon. so dr tu tulis surat untuk buat xtray. 

check : RM free

kita pon pergi la hospital tu, MESIN ROSAK, wei dah berbulan kot rosak. sabaq ja. lepas tu abah aku try la pegi klinik askar tu, resat pergigian ehh ? masa pergi tu dia ingat abah aku orang biasa ja, tanya macam-macam, then baru tahu abah aku pencen askar.

then selesai dapat la xtray.

 xtray : RM free !

❤❤❤❤

lepas dapat xtray pegi pulak kat klinik nak check kan kena cabut ka dak. And tahniah cik miza, 4 batang gigi, 2 atas 2 bawah. tah la. nak nangis ka apa. gigi yang tak keluaq tu nanti depa nak operate. 

Check kali kedua : RM free

❤❤❤❤

lepas tu pegi pulak untuk cabut gigi. masa hari nak cabut gigi tu Ya Allah, rasa nak lari balik rumah. tapi teringat kan, dari form 3 kot tunggu saat ni. apeni ! hahahaha. lepas tu kena panggil. OMG ! masa tu memang nak nangis semua la.

masa duduk tu dapat dr perempuan. check sikit. okay tanya nak cabut satu dulu ka dua ka ? aku dok pikiaq, nanti lagi seksa kan 4 kali kot. aku pon kata dua la. dia cucuk ubat kebas atas bawah. sakit sikit ja. tapi tu la, sakit jugak ahh tera nak bawak keluaq jarum dengan masuk tu. tunggu jap, masuk pulak untuk cabut. dr laki. masa dia tarik gigi tu, serius tak rasa apa pon. cuba boleh dengaq la gigi terpisah dari akaq kan.

lepas dah cabut tu, tak ucap bye pon kat gigi. sedih kot nak berpisah :( dapat ubat tahan sakit dan kapas, yeay ?! 

Cabut gigi + ubat + kapas : RM 100

lepas tu cabut kali kedua pulak, sama ja. aku buat atas bawah belah kanan dulu, baru kiri. masa cabut tak sakit. dia sakit nyut nyut bila mai petang. dalam 3-4 hari jugak la nak hilang. JANGAN JANGAN DOK KACAU DENGAN LIDAH KAT TEMPAT CABUT TU ! sakit kut. ishh. dan, hahaha malu kot nak cakap. gigi ngonggak ! dah la belah kiri memang takdak gigi. nak gelak besaq besaq tu, haih kena beringat. tapi gelak ja aku nih. serius macam nenek wei !

tengok gambaq bahagian belah kiri anda. takdak gigi !!!!


cabut gigi + kapas : RM 80

❤❤❤❤

yeay, masa untuk pasang braces ! hahahaha, seronok kan. punya eksited sampai tak lena tido. tipu ja, mendebarkan. entah macam mana la rupanya kan. hahaha. lepas tu aku orang ke tiga kot. masa pasang tu, dia cuci-cuci bagi putih sikit tapi bahagian depan ja la. lepas tu dia boh gam kat gigi, then dia letak besi kecik tu nak bagi lekat. pasang semua dia tanya "eh mana lagi satu gigi ?" aku kata "dah nak 4 bulan lebih dah saya tunggu tak keluo". dia kata, mm nanti la. dapat kaler merah !

lepas tu siap ! yeayyyyy !

pegi la bayar, lepas bayar tu pilih tarikh appointment seterusnya. punya eksited sampai qenyeh depan orang ramai dok tunggu tu. lepas tu pi ambik pulak pen kak kaunter tu. mmmm

deposit : RM 1 000


bersambung lerr...

You Might Also Like

0 Comment