Braces ! part 3

08:44:00

assalamualaikum ! 



part 3 dah. hahahaha

lepas sebulan pakai, malam tu makan biskut raya, gais, besi belakang tekeluaq, esok tu call klinik, dah okay. dr tambah power chain sikit, gap jauh sangat. dah sebulan kan. sebab klinik yang aku pegi ni memang ramai gila buat kat situ. sekarang kena tunggu 3 bulan untuk follow up seterusnya. lepas tu follow up yang pertama pakai power chain kaler hijau, seminggu ja pakai. seminggu tu la sakit ya amat.

follow up : RM 100 / 50 / ikut suka

sebab apa seminggu ? cuba teka !!!! yes yes, operate. tak tau la pengalaman ngeri ka macam mana kan, aku nak cerita. aku tak tau la tajuk pembedahan gigi ni dalam istilah medik apa kan. aku namakan pembedahan bawak keluar gigi / keluarkan gigi. in my case, gigi aku duduk diam ja dalam gusi. dia tak mau keluaq. lama aku tunggu. dr kata "ni tak cukup gigi ni, kena buat implant" implant memang dak ahh nak tanam gigi. TAK MAUUU !

so lepas seminggu tu sakit ahh gigi mungkin sebab pakai power chain ke apa kan, aku buat appointment semua. tiba lah hari tu ! jeng jeng jeng ! bedebarlah ni. aku sorang sorang ja nih. mak aku tak ikut pon tsk tsk !

masa first tu, dia check dulu, okay, start tu dia cucuk ubat kebas, 2 cucuk kot ka 4. 4 rasanya ehh tak ingat la. lepas cucuk tu, tunggu sampai betul betul kebas. then dia start la. dia korek gusi aku sampai nampak gigi. aku tak rasa apa wei hampa, tapi banyak jugak la darah keluaq. kak depan aku dah macam nak muntah. aku tak rasa apa pon.

tu bab pertama, masuk bab kedua ni seksa ! hmm, dia guna apa benda tah, macam nak bakaq tempat dia operate bagi kering. dia rasa panas sebab kena bibir sikit kan. yang tak tahan bau daging bakaq tu tak sedap gila bau dia, sampai rasa nak nangis dok pikiaq bila nak habis ni. lepas habis tu, cakap pon boleh bau daging bakaq tu. sampai nak makan daging tak lalu. 2 hari jugak la terbau bau. lepas dah kering tu, terus pasang braces yang biasa tu. kaler merah lagi. seminggu aku tak berani tengok tempat yang dia bedah tu. gosok pon pelan ja. takut luka ka apa. sebab gigi taring tu dok atas. tak nampak la senyum pon.

operate keluarkan gigi : RM 80

and now Alhamdulillah, gigi dah cukup dan tersusun. ramai salah faham tau, kalau gigi taring bertindan, doktor bukan cabut gigi taring tau, dia cabut gigi yang geraham first tu, dia kecik la dari yang belakang tu. lepas boh braces, gigi taring pi tempat gigi geraham yang cabut tu. 


1. sebelum pakai braces.
2. first day pakai
3. selepas sebulan + power chain sikit
4. follow-up 1st
5. sebulan selepas operate
tamat~

You Might Also Like

0 Comment